Rabu, 4 Ogos 2010

PUNCA-PUNCA TEKANAN

       Sifat Peribadi
  • -Keperibadian yang dimiliki oleh seseorang individu itu dapat melambangkan identiti dan personaliti tentang dirinya. Oleh itu, sifat keperibadian dalam diri individu itu dapat menyumbang kepada tercetusnya tekanan.
  • -Sifat keperibadian yang suka memendam perasaan, berada dalam keadaan ketakutan, dan daya pemikiran yang sempit yang dimiliki oleh individu itu sendiri akan mendorong ke arah berlakunya tekanan emosi.
  • -Sifat individu yang terlalu emosi, pemalu, bimbang, kurang keyakinan diri, pemarah, kurang sabar, dan takut menghadapi kegagalan akan mudah mengalami tekanan emosi.
  • -Individu yang terlalu mengharapkan cita-citanya tercapai juga mudah terdorong berlakunya tekanan emosi sekiranya harapannya itu tidak dapat dicapai.  


     

        
    Rumah
    • -Tidak dapat dinafikan juga bahawa faktor rumah atau institusi kekeluargaan juga menjadi penyumbang utama berlakunya tekanan emosi oleh individu, antaranya ialah : 

      1.  Berlakunya perceraian atau perpisahan, konflik antara adik-beradik dan konflik antara ibu dan bapa.
      2. Kehendak ibu bapa tidak dapat dipenuhi.
      3. Berlakunya perpisahan atau kehilangan yang tidak diduga iaitu kematian.
      4. Keadaan kesihatan ibu bapa yang membimbangkan dan mempunyai penyakit yang kronik.
      5. Terpaksa berpindah rumah dan sekolah.
      6. Kehilangan atau kematian haiwan kesayangan.
      7. Kelahiran adik baru.
      8. Ibu bapa bertukar tempat kerja dan mereka terpaksa meninggalkan anak-anak untuk tempoh yang lama.
      9. Diabaikan keluarga dan didera.
       

        Penulis :  MOHAMAD FADHLI BIN MAT JURIT (204877)

      4 ulasan:

      Tanpa Nama berkata...

      C39
      NIK MOHD HARIS B. NIK SETAPA(204625)

      -Terima kasih kepada penulis blog ini, saya bersetuju dengan apa yang ditulis mengenai berlakunya tekanan. saya sangat bersetuju dengan punca sifat peribadi itu sendiri yang mendorong berlakunya tekanan. Di samping itu juga sifat peribadi ini memainkan peranan penting bagi pembentukan insan yang sempurna ataupun sebaliknya.

      Tanpa Nama berkata...

      C3
      KHAIRUL AZRI BIN AHMAD ROBERT(204889)

      Penulis menulis isi-isi penting sahaja dalam bentuk 'point'. hal ini akan lebih memudahkan para pembaca mengenalpasti isi-isi dan punca yang utama berlakunya tekanan. secara tidak langsung lebih memudahkan para pelajar dan sesiapa sahaja untuk mengenalpastinya. contohnya ialah punca tekanan berpunca dari rumah iaitu Berlakunya perceraian atau perpisahan, konflik antara adik-beradik dan konflik antara ibu dan bapa.Ini adalah bentuk yang ringkas dan mudah difahami.

      Tanpa Nama berkata...

      C7
      MOHAMAD ZUFAR BIN ZAHARIM(204875)

      Saya begitu tertarik dengan apa yang diperkatakan mengenai punca tekanan ini, iaitu "Keperibadian yang dimiliki oleh seseorang individu itu dapat melambangkan identiti dan personaliti tentang dirinya".Saya berpendapat bahawa ayat ini walaupun ianya sangat ringkas, tetapi membawa makna yang amat berkesan dan mendalam. Tidak dapat dinafikan bahawa keperibadian seseorang itu sendiri yang mendorong berlakunya tekanan ataupun segala perlakuan bermula dari diri itu sendirI.

      Blog27999 berkata...

      Did you know there is a 12 word phrase you can speak to your crush... that will induce intense feelings of love and impulsive attractiveness for you buried inside his heart?

      That's because hidden in these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's impulse to love, treasure and care for you with his entire heart...

      12 Words Who Fuel A Man's Desire Instinct

      This impulse is so built-in to a man's mind that it will make him work harder than ever before to do his best at looking after your relationship.

      In fact, triggering this all-powerful impulse is so essential to having the best ever relationship with your man that as soon as you send your man a "Secret Signal"...

      ...You will immediately find him open his soul and mind for you in such a way he never expressed before and he'll distinguish you as the only woman in the universe who has ever truly interested him.