Rabu, 4 Ogos 2010

PUNCA-PUNCA TEKANAN


1.       SEKOLAH

·         Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata adalah salah satu punca tekanan. Ini berlaku apabila pelajar merasakan terbeban kerana sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan mendesak mereka untuk mencapai yang terbaik dalam peperiksaan. Impak dari kemerosotan akademik dalam satu-satu peperiksaan adalah pelajar merasakan semakin tertekan.

·         Tekanan daripada rakan sebaya, sebagai contoh, remaja lelaki kini menganggap berkelahi adalah satu bukti kelakian mereka. Tekanan wujud apabila remaja terpaksa mengikut arus dengan gejala seperti ini, lebih teruk lagi apabila tekanan tersebut dihadapi golongan remaja yang tidak gemar berkelahi, yang mana mereka hanya berkelahi atas dasar terbeban dengan tekanan dari rakan sebaya.

2.       KELUARGA

·         Keruntuhan institusi kekeluargaan juga adalah salah satu punca tekanan. Sebagai remaja, mereka berada pada tahap umur yang paling kritikal, iaitu pada tahap ini mereka memerlukan perhatian. Jika keluarga remaja tersebut tidak mampu memberi perhatian, maka remaja tersebut akan merujuk kepada rakan sebaya yang tidak diketahui sebesar mana pengaruh mereka, sama ada baik atau buruk.

·         Walau bagaimanapun, perhatian yang berlebih-lebihan akan membuatkan remaja merasa terkongkong, seterusnya menjadi punca tekanan. Remaja perlu diberi ruang untuk diri mereka dapat berkembang, jika remaja dikongkong, maka tekanan dalaman mereka akan terkumpul, lalu menjadi faktor utama masalah social berlaku,iaitu terasa terkongkong

PENULIS : MOHAMAD RIDUAN BIN AZMIR (205040)

Tiada ulasan: