Rabu, 4 Ogos 2010

Tekanan itu ujian dari Allah S.W.T

Surah Al-Baqarah (2): 155

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

"Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar."

Hadis : 

"Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan" 
(Riadus Solihin)

Apa itu tekanan?

  • Tekanan ialah gangguan emosi, proses pemikiran dan keadaan fizikal seseorang.
  • Tindakbalas terhadap sesuatu perkara yang menyebabkan  seseorang berasa takut, gelisah atau tidak tenteram.
  • Apabila menerima sesuatu yang di luar daripada kebiasaan atau kemampuan.
  • Apabila berada dalam keadaan tekanan, badan akan menghasilkan hormon Adrenalin dan Cortison yang menyebabkan jantung berdegup lebih kencang, penafasan bertambah laju dan peningkatan tekanan darah.



Yang menulis : SITI FATIMAH BINTI MAMAT  ( 204905 )

    TINDAK BALAS TUBUH BADAN TERHADAP TEKANAN

    Dari segi psikologi menggunakan mekanisme bela diri untuk mengawal tekanan melalui kaedah  pemikiran separa atau tidak separa 'secara sihat atau tidak sihat'.

    Faktor pendorong.
    • seseorang itu mendapat gejala serta penyakit yang berkaitan dengannya bergantung pada tahap kesihatan perwatakan dan cara seseorang itu berfikir.
    • seseorang yang tidak sihat dari segi fizikal tidak akan mudah menangani tekanan berbanding orang yang sihat tubuh badan
    Faktor keluarga

    • keluarga memainkan peranan penting dari segi interaksi dan sikap setiap ahlinya dalam hubungan mereka seharian. Pergolakan keluarga yang dialami menyebabkan individu tersebut mengalami kemurungan dan tekanan emosi.
      Faktor ini memberi kesan terhadap individu, contohnya migrain dan melakukan tindakan di luar batasan.


    NORHAFIZAH BINTI SIDEK (204853)

    KISAH BENAR-GILA AKIBAT TEKANAN HIDUP



    Ada bermacam-macam jenis tekanan. Ini adalah salah satu dari tekanan. Disebabkan harga minyak naik.Tekanan perasaan membolehkan kita menjadi kurang normal dan perasaan terganggu. Hal ini membolehkan kita menjadi gila atau kurang siuman.Kurang siuman boleh terjadi apabila kita terlalu tertekan dan tidak dapat mengawal emosi. Hindari tekanan, oleh itu kita boleh terhindar dari tekanan jiwa. Jika kita menghadapi tekanan, cuba selesaikannya sama ada dengan cara yang tersendiri atau berjumpalah dengan seseorang yang lebih pakar iaitu kaunselor atau ahli psikologi.


    Penulis: MUHAMMAD SAIFUDDIN BIN SALEH (199954)

    PUNCA-PUNCA TEKANAN

           Sifat Peribadi
    • -Keperibadian yang dimiliki oleh seseorang individu itu dapat melambangkan identiti dan personaliti tentang dirinya. Oleh itu, sifat keperibadian dalam diri individu itu dapat menyumbang kepada tercetusnya tekanan.
    • -Sifat keperibadian yang suka memendam perasaan, berada dalam keadaan ketakutan, dan daya pemikiran yang sempit yang dimiliki oleh individu itu sendiri akan mendorong ke arah berlakunya tekanan emosi.
    • -Sifat individu yang terlalu emosi, pemalu, bimbang, kurang keyakinan diri, pemarah, kurang sabar, dan takut menghadapi kegagalan akan mudah mengalami tekanan emosi.
    • -Individu yang terlalu mengharapkan cita-citanya tercapai juga mudah terdorong berlakunya tekanan emosi sekiranya harapannya itu tidak dapat dicapai.  


       

          
      Rumah
      • -Tidak dapat dinafikan juga bahawa faktor rumah atau institusi kekeluargaan juga menjadi penyumbang utama berlakunya tekanan emosi oleh individu, antaranya ialah : 

        1.  Berlakunya perceraian atau perpisahan, konflik antara adik-beradik dan konflik antara ibu dan bapa.
        2. Kehendak ibu bapa tidak dapat dipenuhi.
        3. Berlakunya perpisahan atau kehilangan yang tidak diduga iaitu kematian.
        4. Keadaan kesihatan ibu bapa yang membimbangkan dan mempunyai penyakit yang kronik.
        5. Terpaksa berpindah rumah dan sekolah.
        6. Kehilangan atau kematian haiwan kesayangan.
        7. Kelahiran adik baru.
        8. Ibu bapa bertukar tempat kerja dan mereka terpaksa meninggalkan anak-anak untuk tempoh yang lama.
        9. Diabaikan keluarga dan didera.
         

          Penulis :  MOHAMAD FADHLI BIN MAT JURIT (204877)