Rabu, 4 Ogos 2010

KESAN TEKANAN

 Tekanan boleh memberi kesan yang teruk kepada diri kita sekiranya tidak diatasi dengan segera.Antara kesan yang akan dialami ialah:
Kesan dari segi mental.
  • Kurang tumpuan. Tekanan menyebabkan fikiran seseorang tidak fokus.Keaadaan ini menyebabkan para pelajar tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa sesi pembelajaran.
  • Berfikiran tidak rasional.Individu akan kurang berupaya untuk berfikir secara jelas dan rasional. Para pelajar akan melakukan perkara yang tidak berfeadah untuk menghilangkan atau melupakan tekanan yang dihadapi tanpa memikirkan baik atau buruk perkara tersebut.Contohnya merokok,ponteng kelas dan terlibat dalam gejala sosial.   

Kesan dari segi emosi.
  • Mengasingkan diri.Individu yang mengalami tekanan biasanya akan merasa rendah diri dan lebih memilih untuk bersendirian.Maka berlakunya pengelakkan sosial dalam diri mereka.Keadaan ini akan meletakkan diri mereka dalam keadaan yang lebih tertekan.
  •  Hilang semangat.Peristiwa demi peristiwa yang melanda seseorang itu menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berputus asa. Mereka tidak sanggup lagi untuk berhadapan dengan situasi yang penuh dengan tekanan. Keadaan ini boleh menjejaskan pelajaran dan diri mereka.

Kesan dari segi fizikal.
  • Mudah letih.Akibat daripada tekanan, muka akan mudah menjadi kemerahan dan badan akan mengalami keletihan. Kesan daripada tekenan boleh menjejaskan keseluruhan kehidupan individu.
  • Kurang atau lebih makan.Individu yang mengalami tekanan akan mengambil makanan secara berlebihan. Selain itu, terdapat juga individu yang hilang selera makan kerana terlalu memikirkan masalah yang dihadapi. Keadaan ini bergantung kepada individu itu sendiri.



Ditulis oleh:Nurul Wirda Binti Muhamad.
Nombor metrik:204633

3 ulasan:

kimiko azumiey berkata...

thankzz hehehe...selesai keje...

Tanpa Nama berkata...

terbaik

влад науменко berkata...

Gud thanx