Rabu, 4 Ogos 2010

STRATEGI UNTUK MENGATASI TEKANAN

Terdapat beberapa strategi yang sesuai untuk menangani stress. Antaranya ialah dengan mengamalkan nilai-nilai islam seperti memperbanyakkan bacaan al-quran, solat, dan juga berzikir. Dengan mengamalkan aktiviti beribadah ini, kita akan memperolehi ketenangan jiwa. Selain itu, muhasabah diri juga berkesan dalam menangani gejala tekanan dalam kehidupan. Sebagai contoh, penyucian minda seperti ingatkan mati, menilai semula pegangan hidup, dan kaunseling daripada pakar atau ahli agama. Dengan mengamalkan gaya gidup sihat seperti bersukan, kita dapat mengatasi tekanan. Hal ini terbukti apabila kita bersukan kita akan dapat melupakan masalah tekanan yang kita alami. Selain itu, dengan mengamalkan gaya pemakanan yang seimbang, kita juga dapat mengatasi tekanan. Berkongsi masalah dengan orang yang kita boleh percayai juga boleh mengurangkan tekanan. Jika kita meluahkan masalah kita kepada seseorang, kita akan merasa sangat lega dan aman. Melalui beberapa strategi yang dipaparkan di atas, kita dapat mengatasi tekanan.

pengarang : ABDULLAH BIN ISMAIL (199755)

Tiada ulasan: