Rabu, 4 Ogos 2010

Tekanan itu ujian dari Allah S.W.T

Surah Al-Baqarah (2): 155

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

"Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar."

Hadis : 

"Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan" 
(Riadus Solihin)

Apa itu tekanan?

  • Tekanan ialah gangguan emosi, proses pemikiran dan keadaan fizikal seseorang.
  • Tindakbalas terhadap sesuatu perkara yang menyebabkan  seseorang berasa takut, gelisah atau tidak tenteram.
  • Apabila menerima sesuatu yang di luar daripada kebiasaan atau kemampuan.
  • Apabila berada dalam keadaan tekanan, badan akan menghasilkan hormon Adrenalin dan Cortison yang menyebabkan jantung berdegup lebih kencang, penafasan bertambah laju dan peningkatan tekanan darah.



Yang menulis : SITI FATIMAH BINTI MAMAT  ( 204905 )

    TINDAK BALAS TUBUH BADAN TERHADAP TEKANAN

    Dari segi psikologi menggunakan mekanisme bela diri untuk mengawal tekanan melalui kaedah  pemikiran separa atau tidak separa 'secara sihat atau tidak sihat'.

    Faktor pendorong.
    • seseorang itu mendapat gejala serta penyakit yang berkaitan dengannya bergantung pada tahap kesihatan perwatakan dan cara seseorang itu berfikir.
    • seseorang yang tidak sihat dari segi fizikal tidak akan mudah menangani tekanan berbanding orang yang sihat tubuh badan
    Faktor keluarga

    • keluarga memainkan peranan penting dari segi interaksi dan sikap setiap ahlinya dalam hubungan mereka seharian. Pergolakan keluarga yang dialami menyebabkan individu tersebut mengalami kemurungan dan tekanan emosi.
      Faktor ini memberi kesan terhadap individu, contohnya migrain dan melakukan tindakan di luar batasan.


    NORHAFIZAH BINTI SIDEK (204853)

    KISAH BENAR-GILA AKIBAT TEKANAN HIDUP



    Ada bermacam-macam jenis tekanan. Ini adalah salah satu dari tekanan. Disebabkan harga minyak naik.Tekanan perasaan membolehkan kita menjadi kurang normal dan perasaan terganggu. Hal ini membolehkan kita menjadi gila atau kurang siuman.Kurang siuman boleh terjadi apabila kita terlalu tertekan dan tidak dapat mengawal emosi. Hindari tekanan, oleh itu kita boleh terhindar dari tekanan jiwa. Jika kita menghadapi tekanan, cuba selesaikannya sama ada dengan cara yang tersendiri atau berjumpalah dengan seseorang yang lebih pakar iaitu kaunselor atau ahli psikologi.


    Penulis: MUHAMMAD SAIFUDDIN BIN SALEH (199954)

    PUNCA-PUNCA TEKANAN

           Sifat Peribadi
    • -Keperibadian yang dimiliki oleh seseorang individu itu dapat melambangkan identiti dan personaliti tentang dirinya. Oleh itu, sifat keperibadian dalam diri individu itu dapat menyumbang kepada tercetusnya tekanan.
    • -Sifat keperibadian yang suka memendam perasaan, berada dalam keadaan ketakutan, dan daya pemikiran yang sempit yang dimiliki oleh individu itu sendiri akan mendorong ke arah berlakunya tekanan emosi.
    • -Sifat individu yang terlalu emosi, pemalu, bimbang, kurang keyakinan diri, pemarah, kurang sabar, dan takut menghadapi kegagalan akan mudah mengalami tekanan emosi.
    • -Individu yang terlalu mengharapkan cita-citanya tercapai juga mudah terdorong berlakunya tekanan emosi sekiranya harapannya itu tidak dapat dicapai.  


       

          
      Rumah
      • -Tidak dapat dinafikan juga bahawa faktor rumah atau institusi kekeluargaan juga menjadi penyumbang utama berlakunya tekanan emosi oleh individu, antaranya ialah : 

        1.  Berlakunya perceraian atau perpisahan, konflik antara adik-beradik dan konflik antara ibu dan bapa.
        2. Kehendak ibu bapa tidak dapat dipenuhi.
        3. Berlakunya perpisahan atau kehilangan yang tidak diduga iaitu kematian.
        4. Keadaan kesihatan ibu bapa yang membimbangkan dan mempunyai penyakit yang kronik.
        5. Terpaksa berpindah rumah dan sekolah.
        6. Kehilangan atau kematian haiwan kesayangan.
        7. Kelahiran adik baru.
        8. Ibu bapa bertukar tempat kerja dan mereka terpaksa meninggalkan anak-anak untuk tempoh yang lama.
        9. Diabaikan keluarga dan didera.
         

          Penulis :  MOHAMAD FADHLI BIN MAT JURIT (204877)

        PUNCA-PUNCA TEKANAN


        1.       SEKOLAH

        ·         Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata adalah salah satu punca tekanan. Ini berlaku apabila pelajar merasakan terbeban kerana sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan mendesak mereka untuk mencapai yang terbaik dalam peperiksaan. Impak dari kemerosotan akademik dalam satu-satu peperiksaan adalah pelajar merasakan semakin tertekan.

        ·         Tekanan daripada rakan sebaya, sebagai contoh, remaja lelaki kini menganggap berkelahi adalah satu bukti kelakian mereka. Tekanan wujud apabila remaja terpaksa mengikut arus dengan gejala seperti ini, lebih teruk lagi apabila tekanan tersebut dihadapi golongan remaja yang tidak gemar berkelahi, yang mana mereka hanya berkelahi atas dasar terbeban dengan tekanan dari rakan sebaya.

        2.       KELUARGA

        ·         Keruntuhan institusi kekeluargaan juga adalah salah satu punca tekanan. Sebagai remaja, mereka berada pada tahap umur yang paling kritikal, iaitu pada tahap ini mereka memerlukan perhatian. Jika keluarga remaja tersebut tidak mampu memberi perhatian, maka remaja tersebut akan merujuk kepada rakan sebaya yang tidak diketahui sebesar mana pengaruh mereka, sama ada baik atau buruk.

        ·         Walau bagaimanapun, perhatian yang berlebih-lebihan akan membuatkan remaja merasa terkongkong, seterusnya menjadi punca tekanan. Remaja perlu diberi ruang untuk diri mereka dapat berkembang, jika remaja dikongkong, maka tekanan dalaman mereka akan terkumpul, lalu menjadi faktor utama masalah social berlaku,iaitu terasa terkongkong

        PENULIS : MOHAMAD RIDUAN BIN AZMIR (205040)

        KESAN TEKANAN

         Tekanan boleh memberi kesan yang teruk kepada diri kita sekiranya tidak diatasi dengan segera.Antara kesan yang akan dialami ialah:
        Kesan dari segi mental.
        • Kurang tumpuan. Tekanan menyebabkan fikiran seseorang tidak fokus.Keaadaan ini menyebabkan para pelajar tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa sesi pembelajaran.
        • Berfikiran tidak rasional.Individu akan kurang berupaya untuk berfikir secara jelas dan rasional. Para pelajar akan melakukan perkara yang tidak berfeadah untuk menghilangkan atau melupakan tekanan yang dihadapi tanpa memikirkan baik atau buruk perkara tersebut.Contohnya merokok,ponteng kelas dan terlibat dalam gejala sosial.   

        Kesan dari segi emosi.
        • Mengasingkan diri.Individu yang mengalami tekanan biasanya akan merasa rendah diri dan lebih memilih untuk bersendirian.Maka berlakunya pengelakkan sosial dalam diri mereka.Keadaan ini akan meletakkan diri mereka dalam keadaan yang lebih tertekan.
        •  Hilang semangat.Peristiwa demi peristiwa yang melanda seseorang itu menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berputus asa. Mereka tidak sanggup lagi untuk berhadapan dengan situasi yang penuh dengan tekanan. Keadaan ini boleh menjejaskan pelajaran dan diri mereka.

        Kesan dari segi fizikal.
        • Mudah letih.Akibat daripada tekanan, muka akan mudah menjadi kemerahan dan badan akan mengalami keletihan. Kesan daripada tekenan boleh menjejaskan keseluruhan kehidupan individu.
        • Kurang atau lebih makan.Individu yang mengalami tekanan akan mengambil makanan secara berlebihan. Selain itu, terdapat juga individu yang hilang selera makan kerana terlalu memikirkan masalah yang dihadapi. Keadaan ini bergantung kepada individu itu sendiri.



        Ditulis oleh:Nurul Wirda Binti Muhamad.
        Nombor metrik:204633

        TIP-TIP HADAPI TEKANAN

        •  Solat
          Bagi seorang
          Islam, Solat dapat memberi ketenangan jiwa. Satu kajian mengatakan bahawa setiap perbuatan dalam solat seperti rukuk, sujud dan duduk di antara dua sujud mempunyai khasiatnya sendiri. Orang islam haruslah menunaikan solat-solat sunat bagi membendung diri dari menghadapi tekanan.

        • Baik sangka
          Baik sangka terhadap semua orang. Suami bersangka baik terhadap isteri, majikan bersangka baik terhadap anak buah dan begitu juga sebaliknya. Ingat, jaga tingkah laku kita moga apa yang kita lalukan tidak menyinggung perasaan orang lain.
                                                                                                                      
                             

        • Lihat Kerja Sebagai Cabaran
          Ambil positif setiap tugasan yang diberikan walaupun tugasan itu diberi dengan banyak. Anggaplah ini satu cabaran untuk menguji tahap kemampuan kita. Selain itu,jangan sesekali kita mengeluh kerana mengeluh merupakan titik permulaan berlakunya tekanan dalam jiwa seseorang individu itu.

          • Maafkan Orang
            Sebelum tidur maafkan semua kesilapan orang lain dan sebaiknya terus melupakan apa yang terjadi. Maka hidup akan menjadi lebih tenang..
          • Jangan Berdendam
            Dendam hanya menyebabkan tekanan dalam badan menjadi tinggi dan mungkin akan menghadapi 
            tekanan darah tinggi!!
          • Rapatkan Silaturrahim
            Rapatkan hubungan dengan semua orang tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

                       PENULIS: SITI AISYAH BINTI TAJUD HASSAN (205067)

          STRATEGI UNTUK MENGATASI TEKANAN

          Terdapat beberapa strategi yang sesuai untuk menangani stress. Antaranya ialah dengan mengamalkan nilai-nilai islam seperti memperbanyakkan bacaan al-quran, solat, dan juga berzikir. Dengan mengamalkan aktiviti beribadah ini, kita akan memperolehi ketenangan jiwa. Selain itu, muhasabah diri juga berkesan dalam menangani gejala tekanan dalam kehidupan. Sebagai contoh, penyucian minda seperti ingatkan mati, menilai semula pegangan hidup, dan kaunseling daripada pakar atau ahli agama. Dengan mengamalkan gaya gidup sihat seperti bersukan, kita dapat mengatasi tekanan. Hal ini terbukti apabila kita bersukan kita akan dapat melupakan masalah tekanan yang kita alami. Selain itu, dengan mengamalkan gaya pemakanan yang seimbang, kita juga dapat mengatasi tekanan. Berkongsi masalah dengan orang yang kita boleh percayai juga boleh mengurangkan tekanan. Jika kita meluahkan masalah kita kepada seseorang, kita akan merasa sangat lega dan aman. Melalui beberapa strategi yang dipaparkan di atas, kita dapat mengatasi tekanan.

          pengarang : ABDULLAH BIN ISMAIL (199755)

          MENANGANI TEKANAN CARA ISLAM

          -Sebagai orang Islam,kita hendaklah berpegang teguh pada ajaran serta syariat Islam.

          -Selain itu, kita hendaklah bersabar, tenang dan sentiasa berfikiran rasional dan yakin dengan ketentuan Allah S.W.T.

          -Kita juga perlu terima hakikat bahawa kehidupan manusia akan sentiasa diuji oleh Allah S.W.T.

          -Ujian yang diturunkan kepada kita adalah untuk memantapkan keimanan, ketaqwaan, kesyukuran dan rasa cinta kepada Allah S.W.T.

          -Kita wajib menunaikan solat fardu 5 kali sehari serta digalakkan membuat solat-solat sunat yang lain.

          -Selain itu, kita juga digalakkan berzikir, bertasbih serta bertahmid.

          -Kita sebagai umat Islam, hendaklah sentiasa membaca serta menghayati isi kandungan al-Quran kerana kitab ini diturunkan untuk membimbing umat manusia.

          -Perlulah juga kita sentiasa mengingati bahawa dunia ini tidak berkekalan melainkan di akhirat kelak.

          -Akhir sekali, kita perlulah berdoa memohon keampunan dan bertawakal.

          Penulis- Mohamad Affendy B Mahmud ( 200338 )

          KESIMPULAN

          Tekanan merupakan fitrah dalam kehidupan manusia. Setiap individu berpotensi untuk menghadapi tekanan. Kebanyakan orang akan berasa tertekan pada masa tertentu. Kegagalan mengawal tekanan boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada seseorang individu. Walau bagaimanapun, tekanan boleh diatasi menerusi pengurusan yang efektif bagi membentuk kekuatan diri dari segi mental, emosi, rohani, fizikal, motivasi, nilai sahsiah dan semangat seseorang individu sebagaimana acuan yang dikehendaki oleh agama dan negara. Oleh demikian, yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaian dengan syarat tabah meghadapi segala ujian.


          Pengarang: AZAHARUDDIN BIN MOHAMAD (200126)